TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KERANA SUDI BERKAWAN DENGAN DIRI INI,
TERIMA DIRI INI SEIKHLAS HATI ,
MOGA KITA BERSAHABAT HINGGA MATI.
Banyak kenangan yang pernah terukir selama perkenalan kita,
Pahit manis ketawa tangis dan segalanya berkongsi bersama,
Tidak kira masa di mana berjumpa pasti ada cerita,
Cuma sekarang tiada lagi masa untuk berkongsi itu semua,
Kerna masing-masing sibuk mengejar cita-cita.
Namun walau sesibuk mana pun kita,
Masih berhubung menggunakan teknologi yang sedia ada,
Facebook, Twitter antara laman sosial yang diguna,
Sentiasa bertanya khabar seperti biasa,
Walaupun tidak bersua muka,
Moga persahabatan kita selamanya.
Entry khas untuk mereka yang bergelar kawan/sahabat dalam hidup mira.
Tak kira la kawan dari sekolah rendah, menengah, matrikulasi ataupun di universiti.
Post ini sebagai tanda sayang mira pada korang
Sebab..
Korang jadi kawan yang sentiasa sokong dan bantu mira selama ini :D
TERIMA KASIH !