Her Story, Her Life ♥

Istimewa :)

"Be strong,"
"Tu je kan mira ada?,"
"Banyak yang kamu ada, tapi tak sedar je,"
Suatu masa dulu, ada seorang insan yang berkata begitu pada mira. Cuma masa itu, tak percaya semua itu sebab emosi tak stabil dan rasa hidup mcm tak keruan. Hilang seorang umpama hilang dunia.

Dalam nak mengejar pengakhiran dalam belajar, terlalu banyak yang menduga. Masalah cinta tak kesampaian, masalah kawan yang pelbagai, masalah tugasan, projek tahun akhir yang menggunung, masalah komputer riba yang tak diduga dan sebagainya. Mcm-mcm masalah. Dan tiap kali itu, diri ini gagahkan untuk jadi positif dan semangat seperti biasa. 

Tapi tak mungkin mampu buat seorang diri. 
Ada sahaja insan-insan yang tak putus-putus bagi kata semangat, bagi kata positif, bagi pujukan dan nasihat yang tidak mahu diri ini jatuh tanpa bangun.

Tiap kali diri ini menangis, tiap kali diri ini sedih, tangan ini rajin menaip di papan kunci telefon bimbit kata "aku takut", "aku sedih" , "aku down" send pada mereka-mereka ini dan tiap kali itu, pasti jawapan  mereka akan kata "kenapa ni? cuba cerita", "tenang dulu lps tu study", "dah2 jgn fikir lagi, fokus study", "ingat tanggungjawab sebagai anak, pelajar, itu utama kn?" 
Kata-kata ini yang akan bangkitkan semangat, buatkan diri cuba capai apa yang dia lupakan.

Utk mereka,
Tak mampu balas dengan ucapan terima kasih semata-mata. Tak mampu balas hanya dengan belanja, hadiah dan sebagainya. Hanya Allah mampu balas semua itu utk kalian. 
Dan ucapan ini datang dari hati kecil ini. Mira tuakkan kuat dan segembira sekarang tanpa ada korg. Mira hanya akan menangis dan putus asa di akhir jalan ni. Tapi korg ingatkan mira tentang pentingnya akhir jalan ini dan sedaya upaya bagi mira semangat utk habiskan dengan jayanya. Terima kasih sebab layankan perangai meroyan mira, dengarkan luahan hati mira, pujukan utk tangisan mira, tenangkan resah hati mira. Hanya itu yang mampu mira katakan. Dan sudah tentu mira sayang korg dan takkan pernah lupa korg. Cuma satu mira inginkan, tegur mira jika mira lalai, leka dengan kegembiraan yang ada kerna sedih itu ada sentiasa. Tegur jika ada salah dan jangan biarkan diri ini terus hanyut dengan kegembiraan dan keseronokan yang ada. Terima kasih utk sentiasa ada dgn mira waktu senang dan susah :)

Sekarang, mira percaya ini,
"Bila kita hilang sesuatu bkn bermakna kita hilang semua. Jgn kata hidup kita dah tak ada org ambil kisah. Sebenarnya ada banyak/ramai yang ambil kisah tentang kita.Cuma kita sedar atau tak tentang itu semua. Dalam susah, baru kita tahu siapa lawan siapa kawan siapa sahabat. Kerna Allah temukan kita dgn setiap dari mereka agar kita tabah dan menilai kehidupan dengan lebih bermakna. Terima kasih Allah, kurniakan mereka dalam hidupku."